9 April 2017

SELAMATKAH UNIT TRUST INI?

Ramai orang melabur dalam unit trust tanpa memahami dana yang dipilihnya dan cara unit trust berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang bila sebut pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".

Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis dana yang mempunyai profail risiko yang berbeza-beza.

Unit trust biasanya terdiri daripada beberapa dana yang mempunyai beberapa jenis risiko seperti berikut :
(1) dana yang aggresif (sebahagian besar dana dilabur dalam pasaran ekuiti/shares),
(2) dana seimbang (sebahagian dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) 
dan 
(3) dana yang konservatif (sebahagian besar dana dilabur ke pasaran bon dan pelaburan berisiko rendah).

Tidak kira dana konvensional mahupun Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.
Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut profail risiko yang bersesuaian dengan diri kita.

Kita kena sedar, setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza terhadap risiko pelaburan yang sanggup kita hadapi. Betul tak?

Jika kita seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan hanya ingin melabur duit untuk sementara walaupun pada kadar pulangan yang rendah, maka pilihlah dana yang konservatif.

Sebaliknya pula, apabila kita hendak mendapatkan pulangan tinggi dan tidak kisah menunggu untuk jangkawaktu yang panjang, maka pilihlah dana agresif atau dana seimbang.

Malah, bila kita mahu mempelbagaikan pelaburan, kita boleh meletakkan sebahagian duit pelaburan kita di dalam dana konservatif dan sebahagian lagi di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30% dalam dana konservatif, 40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign